Skip to main content

PERSIDANGAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN MALAYSIA (PTPM) 2026


Tema:“Perpustakaan Memacu Kemajuan Negara”


Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan sukacitanya menjemput para pustakawan, pengamal maklumat, ahli akademik, penggiat bidang perpustakaan serta semua yang berkaitan untuk menyertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2026.


📅 Tarikh: 22 – 24 September 2026

📍 Tempat: Perpustakaan Negara Malaysia


PTPM 2026 menjadi wadah untuk menghimpunkan warga perpustakaan dan pengamal bidang maklumat bagi berkongsi ilmu, pengalaman, idea serta amalan terbaik dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pemacu kemajuan negara.


Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meneroka idea baharu, memperluas jaringan profesional dan menyumbang kepada pembangunan landskap perpustakaan dan maklumat Malaysia. 


Sila imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

Link - https://forms.gle/rdq7mVyvjix8q7dP8


Butiran Lengkap Persidangan boleh dimuat turun di bawah :

Maklumat PTPM 2026 (Bahasa Melayu)

PTPM 2026 Details (English)


Jom sertai PTPM 2026!

Bersama kita memacu kecemerlangan perpustakaan demi kemajuan negara.